Assalamualaikum
Untuk makluman kepada semua pendidik tak kira anda berada di mana, sudahkah bersedia untuk menghadapi cabaran baru di tahun 2013? Semoga semua kita akan bersedia dan sentiasa bersedia...., Sebagai pendidik kadang-kadang kita berasa hairan kenapa murid kita sukar menjawab soalan yang berkaitan dengan kemahiran berfikir...maka saya berpendapat bahawa mungkin aras soalan yang dikemukakan oleh kita semasa proses PdP tidak begitu mencabar dan menggalakkan murid kita berfikir....jadi kita boleh menggunakan kaedah perbincangan yang menggunakan aras-aras penyoalan yang tinggi dan kita sentiasa bersedia untuk menghadapi jawapan yang mungkin serba sedikit mengganggu emosi kita..walaubagaimanapun kita jangan cepat memberi jawapan, kita galakkan pelajar kita untuk memberi jawapan...sehingga semua murid dapat berfikir dan memberi pendapat...gunalah teknik penyoalan seperti apakah, bagaimanakah, kenapakah.....dan untuk PdP Sains, kita tidak boleh elak dari tidak menjalankan amali...amali amat penting kepada pelajar, mereka dapat kemahiran proses sains dengan menggunakan amali..jadi rajin-rajinlah menjalankan amali sains..kalau makmal tak kondusif, boleh melakukan amali di luar makmal...terutama bagi mereka yang mengajar di sekolah rendah...sekian, jumpa lagi..
Unit Sains/Matematik
PEJABAT PELAJARAN DAERAH GUA MUSANG TINGKAT 1, BANGUNAN PERSEKUTUAN GUA MUSANG 18300 GUA MUSANG, KELANTAN TEL : 09 - 9122385 FAX : 09-9123155 laman web : http://ppdguamusang.edu.my email : ppdgm_group@yahoo.com
Kupasan Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Plan ini amat baik dan memerlukan penghayatan yang lebih dari semua pihak bermula dari mereka yang mentadbir sekolah sehinggalah kepada pelajar. Bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang benar-benar maju dalam bentuk acuan kita sendiri. Hubungan warga sekolah dengan pihak luar perlu di perkasakan dan di perkembangkan. Mata pelajaran sains dan matematik perlu dijadikan mata pelajaran yang paling di minati oleh semua pihak, jangan jadikan mata pelajaran ini suatu mata pelajaran sampingan, kerana dengan menguasai sains dan matematik maka untuk menginovasikan negara akan lebih berjaya...
to be continue...
Tahun Kreativiti dan Inovasi 2012
Harapan 2012
Assalamualaikum...
Kepada seluruh warga Pendidik daerah Gua Musang, samada Sekolah Menengah atau Sekolah Rendah, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga pendidik di daerah Gua Musang kerana tidak jemu-jemu bertungkus lumus siang dan malam dalam menjana transformasi pendidikan di Gua Musang. Walaupun daerah kita ini ada sedikit kekurangan, namun proses untuk mempertingkatkan kemudahan samada penempatan guru dan juga akses kemudahan jalur lebar, jalanraya, kemudahan prasarana akan dipercepatkan dari masa ke semasa, jangan kita jadikan ianya sebagai halangan, kita perlu memperkembangkan potensi anak didik kita, mereka perlukan bimbingan kita semua, jadi marilah kita semua bekerja demi masa depan mereka, insyaAllah ganjaran yang akan kita perolehi kelak di akhirat cukup besar, pahala yang akan kita perolehi nanti adalah berlipat kali ganda kalau kita semua bekerja dengan penuh keikhlasan dan kejujuran, kerana kita semua adalah insan yang di pilih oleh Allah swt untuk diangkat darjatnya nanti..insyaAllah...
sekian, wassalam...

Pengumuman penting
Penghantaran laporan pasca protim
sila hantarkan sebelum 17 nov 2011
Pengisian portal nkra
pastikan data yg diisi mesti sama dengan enrolmen, dan pastikan pelajar arus perdana ditandakan. Data hendaklah dikemaskini sebelum 17 nov 2011
harap maklum
h

Keutamaan Pelajar Luar Bandar ke sekolah berasrama penuh
Assalamualaikum,
Selamat hari raya dan maaf dzahir batin buat semua guru-guru tak kira mengajar di mana, terutama kepada guru-guru yang mengajar di kawasan pendalaman, Gua Musang. Alhamdulillah kita ucap syukur kepada Allah swt kerana masih di beri peluang untuk terus menabur bakti dan menghirup udara segar dan nyaman di Gua Musang kerana kita semua adalah insan yang terpilih oleh Allah swt untuk mendidik anak bangsa, jadi saya mengutarakan tajuk di atas adalah untuk membawa guru-guru untuk berfikir sejenak di mana kedudukan pelajar-pelajar kita sekarang. Kerajaan telah mula membuat transfomasi dalam dunia pendidikan, jadi kalau peluang telah dibuka oleh pihak kerajaan kepada pelajar luar bandar maka sudah tentulah peluang pelajar-pelajar kita untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh amat cerah, jadi gunakanlah peluang ini demi masa depan mereka, jangan kita biarkan mereka dengan dunia mereka, kita kena berusaha untuk mengubahkan kehidupan mereka, ayuh para guru marilah kita semua berusaha untuk mengubah mereka, supaya kehidupan mereka akan menjadi senang dan berjaya.
Kalau mereka berjaya kita juga akan berasa puas dan gembira di atas hasil usaha kita, jangan mudah kita menyalahkan pelajar dalam hal pembelajaran, kita perlu meningkatkan kaedah pengajaran kita dan sentiasa mencari kaedah-kaedah yang sesuai untuk di adaptasi pada keadaan setempat. Mungkin cara pengajaran secara "chalk and talk" tidak sesuai di kawasan tempat kita mengajar, mungkin pendekatan konstruktivisme, kontekstual, atau dengan kaedah inkuiri akan membantu pemahaman pelajar dalam memahami sesuatu topik, jadi perlu ada kajian tindakan kenapa pelajar sukar untuk memahami sesuatu tajuk, dan perlu ada analisis pencapaian dan juga kajian sikap. Jadi perkara-perkara sebegini sentiasa bermain di fikiran kita, sebab Gua Musang bukan lagi daerah yang mundur, Gua Musang sudah semakin maju, bandarnya juga semakin pesat membangun, dan struktur jalan rayanya jugak sudah bertambah elok, jadi usahlah kita mengeluh kerana di tempat di daerah Gua Musang, malah sebagai seorang pendidik kita sentiasa menyahut cabaran, dan sentiasa mencabar diri adakah aku ini seorang pendidik yang benar-benar cemerlang........

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK TINGKATAN 4
Subscribe to:
Posts (Atom)