TAWARAN NEW DEAL

Tanggal 28 Februari 2011 yang lepas beberapa buah sekolah dalam Daerah Gua Musang telah menerima sijil penghargaan daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, antara sekolah yang terlibat ialah :

1. SK Chalil
2. SK Limau Kasturi 1
3. SK Bertam
4. SK Chiku 7
5. SK Seri Permai (Asli)
6. SK Pos Brooke (Asli)

Tahniah diucapkan kepada sekolah yang terlibat, semoga dengan penghargaan ini akan terus membangkitkan semangat semua warga pendidik di seluruh negara agar terus memartabatkan profesion perguruan sehingga ke suatu tahap yang amat membanggakan.

Mesyuarat Penyelarasan Pusat Pembelajaran Sains


Mesyuarat telah berlangsung di SMK Lui Barat pada 27 Januari 2011 (Khamis), Semua pengetua dan penyelaras PPS Negeri dan Daerah dari semua Negeri yang mempunyai PPS hadir dalam mesyuarat tersebut.
Mesyuarat telah di pengerusikan oleh YBhg Dato' Ahmad Azmey bin Abu Talib bersama-sama dengan En Abu Hashim b Abdul Samad (Peg Bahagian Pengurusan Sekolah Harian).


Pengambilan pelajar Tingkatan Empat bagi sesi 2011 diteruskan di 11 buah PPS seperti berikut :


SMK Purun, Bera

SMK Jengka 2, Maran

SMK Kemahang, Tanah Merah

SMK Chiku 2, Gua Musang

SMK Lui Barat, Negeri Sembilan

SMK Nitar, Mersing

SMK Tenggaroh A, Kota Tinggi

SMK Bandar Penawar, Johor

SMK Kuala Repas, Bentong

SMK Lepar Bt.8, Pekan

SMK Pelong, Setiu







Pertandingan Inovasi FELDA


Tahniah diucapkan kepada SMK Chiku 2, Gua Musang, kerana telah berjaya menjuarai kategori Hijau Tingkatan 2, pertandingan tersebut telah berlangsung di MRSM Felda Trolak pada 3 - 6 Disember 2010. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama Sektor Akademik JPN Kelantan kerana telah banyak membantu pihak sekolah dalam membuat penambahbaikan. Tahniah untuk semua.

PENGISIAN DATA LINUS SARINGAN 3

Perhatian kepada semua Guru Besar,

Pengisian data LINUS saringan 3 akan bermula pada :

25 Oktober hingga 5 November 2010

sila rujuk dalam laman web www.moe.gov.my/nkra

kelewatan tuan berbuat demikian akan menyebabkan penggabungan data di peringkat kementerian akan terganggu. Harap maklum.

Data tidak dapat dikemaskini selepas 5 November 2010.

Saringan 3 LINUS

Assalamualaikum,

Kepada semua penyelaras LINUS, saringan 3 LINUS akan bermula pada 1 Sept - 15 Okt (LISAN)

Saringan 3 LINUS BERTULIS bermula pada 17 Oktober - 21 Oktober 2010

PROTIM TAHUN 6

Assalamualaikum,

Perlaksanaan Ujian Pra Protim tahun 6 boleh dilaksanakan sebaik sahaja peperiksaan UPSR 2010 selesai, tuan/puan boleh memuat turun dokumen protim pada link yang berikut

download protim tahun 6

cadangan tarikh adalah sebagai mana berikut 26 - 28 September 2010, dan maklumat keputusan boleh di emailkan kepada alamat berikut snmtppdgm@gmail.com sebelum
4 Oktober 2010

sekian terima kasih, harap maklum