Assalamualaikum
Untuk makluman kepada semua pendidik tak kira anda berada di mana, sudahkah bersedia untuk menghadapi cabaran baru di tahun 2013? Semoga semua kita akan bersedia dan sentiasa bersedia...., Sebagai pendidik kadang-kadang kita berasa hairan kenapa murid kita sukar menjawab soalan yang berkaitan dengan kemahiran berfikir...maka saya berpendapat bahawa mungkin aras soalan yang dikemukakan oleh kita semasa proses PdP tidak begitu mencabar dan menggalakkan murid kita berfikir....jadi kita boleh menggunakan kaedah perbincangan yang menggunakan aras-aras penyoalan yang tinggi dan kita sentiasa bersedia untuk menghadapi jawapan yang mungkin serba sedikit mengganggu emosi kita..walaubagaimanapun kita jangan cepat memberi jawapan, kita galakkan pelajar kita untuk memberi jawapan...sehingga semua murid dapat berfikir dan memberi pendapat...gunalah teknik penyoalan seperti apakah, bagaimanakah, kenapakah.....dan untuk PdP Sains, kita tidak boleh elak dari tidak menjalankan amali...amali amat penting kepada pelajar, mereka dapat kemahiran proses sains dengan menggunakan amali..jadi rajin-rajinlah menjalankan amali sains..kalau makmal tak kondusif, boleh melakukan amali di luar makmal...terutama bagi mereka yang mengajar di sekolah rendah...sekian, jumpa lagi..
No comments:
Post a Comment