Keutamaan Pelajar Luar Bandar ke sekolah berasrama penuh

Assalamualaikum,

Selamat hari raya dan maaf dzahir batin buat semua guru-guru tak kira mengajar di mana, terutama kepada guru-guru yang mengajar di kawasan pendalaman, Gua Musang. Alhamdulillah kita ucap syukur kepada Allah swt kerana masih di beri peluang untuk terus menabur bakti dan menghirup udara segar dan nyaman di Gua Musang kerana kita semua adalah insan yang terpilih oleh Allah swt untuk mendidik anak bangsa, jadi saya mengutarakan tajuk di atas adalah untuk membawa guru-guru untuk berfikir sejenak di mana kedudukan pelajar-pelajar kita sekarang. Kerajaan telah mula membuat transfomasi dalam dunia pendidikan, jadi kalau peluang telah dibuka oleh pihak kerajaan kepada pelajar luar bandar maka sudah tentulah peluang pelajar-pelajar kita untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh amat cerah, jadi gunakanlah peluang ini demi masa depan mereka, jangan kita biarkan mereka dengan dunia mereka, kita kena berusaha untuk mengubahkan kehidupan mereka, ayuh para guru marilah kita semua berusaha untuk mengubah mereka, supaya kehidupan mereka akan menjadi senang dan berjaya.
Kalau mereka berjaya kita juga akan berasa puas dan gembira di atas hasil usaha kita, jangan mudah kita menyalahkan pelajar dalam hal pembelajaran, kita perlu meningkatkan kaedah pengajaran kita dan sentiasa mencari kaedah-kaedah yang sesuai untuk di adaptasi pada keadaan setempat. Mungkin cara pengajaran secara "chalk and talk" tidak sesuai di kawasan tempat kita mengajar, mungkin pendekatan konstruktivisme, kontekstual, atau dengan kaedah inkuiri akan membantu pemahaman pelajar dalam memahami sesuatu topik, jadi perlu ada kajian tindakan kenapa pelajar sukar untuk memahami sesuatu tajuk, dan perlu ada analisis pencapaian dan juga kajian sikap. Jadi perkara-perkara sebegini sentiasa bermain di fikiran kita, sebab Gua Musang bukan lagi daerah yang mundur, Gua Musang sudah semakin maju, bandarnya juga semakin pesat membangun, dan struktur jalan rayanya jugak sudah bertambah elok, jadi usahlah kita mengeluh kerana di tempat di daerah Gua Musang, malah sebagai seorang pendidik kita sentiasa menyahut cabaran, dan sentiasa mencabar diri adakah aku ini seorang pendidik yang benar-benar cemerlang........

No comments:

Post a Comment