MEMPERKASAKAN PELAKSANAAN AMALI SAINS / PENGURUSAN PANITIA SAINS MATEMATIK / PENGURUSAN HEADCOUNT / PENGURUSAN MAKMAL/BILIK SAINS SEKOLAH

Sukacita dimaklumkan bahawa dapatan yang diperolehi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia menunjukkan masih terdapat kelemahan tertentu yang perlu di atasi bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang sains dan matematik.

Antara perkara yang perlu diberi penekanan untuk menjayakannya ialah :

1. Pelaksanaan Amali Sains
2. Pengurusan Panitia Sains dan Matematik
3. Pengurusan Headcount dan Post-Mortem M/Pelajaran Sains dan Matematik
4. Pengurusan Makmal/Bilik Sains/Bilik Matematik/Sudut Sains/Sudut Matematik
5. Penggunaan Buku Teks Sains/Matematik dan Laporan Amali Pelajar
6. Pencerapan dalaman P & P guru m/pelajaran Sains dan Matematik
7. Semakan Buku Latihan Pelajar

Sehubungan itu Jabatan Pelajaran Kelantan memohon kerjasama semua pengetua dan guru besar untuk memaklumkan kepada Guru Kanan Sains/Matematik, Guru Sains / Matematik serta kakitangan makmal untuk memainkan peranan yang sebaiknya dalam menjayakan perkara tersebut.

No comments:

Post a Comment